Sunday, December 10, 2017

Prime Domestic & XPDC "Live" review - 9 Dec 2017

*******************************
Updated 13/12/2017

link at bottom





*******************************



Salam and Greetings, two premier Malaysian rock bands Prime Domestic and XPDC share the stage for an awesome double bill 210 minutes of live performance. This is my review in Bahasa Melayu Malay Language.

Sebelum aku lupa dan malas,
baik aku ulasan dan bual kons pasal konsert Public Distortion 2017 yang melibatkan dua kumpulan terulung dan terunggul, iaitu PRIME DOMESTIC dan XPDC.

lokasi - Tempat Jin Bertendang (Oasis Square Ara Damansara)
Tarikh - Sabtu 9hb December 2017
Waktu - Mula nak kat kul 9 malam (total time 3hr 30min lebih)

Sapa tak mau baca aku merapu, ni setlist lagu2 dipersembahkan tadi.

1. Ku Cuba (Prime Domestic + XPDC)

2. Ntahapahapantah (XPDC)
3. Talam Dua Muka (XPDC)
4. Sakinah (XPDC)
5. Kita Peng-Yu (XPDC)
6. Doa (new song- XPDC)
7. Enter Sandman/ Orion (XPDC)
8. Selendang Merdeka (XPDC)
9. Teman (XPDC)
10. Kata Pepatah (new song- XPDC)
11. Semangat Perjuangan Harmoni (XPDC)
12. Semangat Yang Hilang (XPDC)

13. Intro (PD)
14. Hallowed Be Thy Name (PD)
15. Kau Masih Berdegil (PD)
16. Malam Berasap (PD)
17. Fenomena (PD)
18. Nasib Kita (PD)
19. MMLXXXVII (PD)
20. Tekno Dewata (PD)
21. Kurnia (PD) 
22. Meniti Titian Usang (PD)
23. Lena Diulit Intan (PD)
24. Mentari Merah Diufuk Timur (PD)
Medley 25-28
- 25. Biru Mata Hitamku (PD)
- 26. Rozana (PD)
- 27. Ranjang Mawar (PD)
- 28. Isabella (PD + Amy)

29. Langit Dan Bumi (PD + Amy) 
30. Kau Pergi (PD + Amy)

31. Drum Solos (Lola + Ainol, with Arif)

32. Ilusi Intonasi (PD)
33. Ameringo (PD)
34. Sedingin Pluto (PD)
35. Alam Barzakh (PD)
36. Sejati (PD)
37. Smoke On The Water/ Pasti (PD + XPDC + Amy)


Seperti show Prime Domestic yang lepas, lagi sekali malam ni dorang buat persembahan aku kerja shift malam kat Singapore pulak.
So Prime Domestic nye pasal memang kena ambik leave.

So lincah balik KL naik bas ekpress, gedebak gedebuk, ingat nak naik LRT gi tempat Jin Bertendang ni, last tukar, naik GRAB sua.
So memang Jakun la kan sampai tempat persembahan ni, tapi ok la facilities keperluan jasmani dan rohani semua ada, dan actually sampai malam lebih kul 1 pagi pun tak yah risau la kan tempat ni semua masih boleh access toilets dan sebagainya. Balik pun aku naik GRAB.
Aku dah standby dah nak kena duduk tempat jin bertendang ni sampai pagi kalau memang takde transport nak balik tadi...

Kehadiran penonton.... well... estimate aku maximum pun seribu lebih la kot. Mungkin boleh kot jejak 2000 tapi entah eh aku agak2 je.
Merchandise2 yang disajikan menarik2 design2 dia. Ni semua nanti lain kali la kan aku tunjuk...
Foto2 ke , bootleg full ke ni semua lain kali k.

Aku tengok siap ada camera crane. Dalam hati aku fikir rakam dvd kot?

Show bermula dengan seorang demi seorang anggota Prime Domestic dan XPDC iaitu Lola, lepas tu Hillary, then Arif, then keyboardist, kemudian Ainol, then dua-dua bassists Fauzi dan Eddie, kemudian Izo, dan baru Joe dan akhir sekali dua-dua penyanyi Ali dan Aweera. 
Mereka build up intro kepada lagu Clique Fantastique Ku Cuba.

Lagu ni jugak ialah Search pernah cover untuk album Double Trouble 2. Ingat2 lupa.

Kemudian Prime Domestic nye anggota tinggalkan stage dan XPDC buat persembahan seperti setlist atas. Seperti biasa XPDC line up Izo, Arif, Ali dan Lola memang hebat main live. Cuma ni kali pertama aku tengok line up ni dengan Eddie, dan bukan Yan.

Aku nak cakap dua dua lagu baru iaitu DOA dan KATA PEPATAH memang sedap dan terbaik dari ladang. Kata Pepatah terutama sangat catchy 60an gitu.
Walaupun kali pertama aku dengar ni dua lagu, tapi sangat hebat dan vocal Ali sangat clear jadi siap boleh hayati lirik dua dua lagu ni.
XPDC bila keluar album terbaru mereka tahun depan, album ni aku rasa hebat dan aku tak sabar menunggu.

Kejutan ialah lagu Teman ada, Ali siap tanya ada orang Perak sebelum main lagu ni.
Jugak Enter Sandman sampai sebelum "doa nak tido" tu, terus masuk Orion bahagian bass solo.
Semua solos "Kirk Hammett" diterajui Arif. Dan Ali tu, kalau aku tutup mata, ada rasa James Hetfield yang nyanyi.

Tengok Live, dari dulu aku memang teruja dengan line up XPDC ini. Macam band omputeh.


Moving On... XPDC tamat lepas ambik gambar dengan fans, change over dan giliran Prime Domestic.

Dimulakan dengan intro tape siap ada bacaan puisi? kata hikmah? something like that...
Dan Prime Domestic gunakan satu?dua? backing vokalis awek.
Dan Prime Domestic pun memang bassist mereka boleh nyanyi jugak pe.
Dan Fauzi yang mulakan nyanyian seperti biasa dengan verse pertama Hallowed Be Thy Name, lagu Iron Maiden.
Seperti biasa jugak, Aweera- mintak maaf la eh, tapi English pecah, ok la senang cakap English hancur. Fauzi should sing the whole song.
Heran aku kalau gi tengok konsert la mana2 pun, aku cam kadang2 kritikal la kalau ada apa2 aku kureng, tapi untuk Aweera, aku macam semua ok je, so aku tak tahu "is this good? or is this bad? mentality".
Tapi support tetap support 666%, suka sangat suara dia kat album Prima Domestika, he is a very good singer, and he has Champions League nye band members behind him.

Joe - aku tak pernah nampak dia Shape-Throwing macam dia dengan Prime Domestic sekarang.
Macam bebas gitu kan.. nak buat apa pun dia boleh buat atas stage.
Dah macam Steve Clark dia nya posing2 dan shape throwing dengan gitar dia. Aku suka sangat.

Hillary - aku tak pernah nampak dia banyak jalan atas pentas seperti dalam band ni. Kejap2 gi tempat Joe.
Adakah pasal pentas besar, atau lagi sekali macam Joe, dia happy dalam Prime Domestic?

Fauzi - low profile kat belakang tapi boleh dengar permainan dia, boleh nampak keterror'an dia, dan boleh dengar suara dia.

Ainol - ni last ayat nanti aku cakap.

PRIMA DOMESTIKA - Aku berharap sangat Prime Domestic main seluruh album.
In fact aku nak setlist dorang main seluruh album DUA KALI!!!!
Pasal aku suka sangat...ooohhh aku belum review... Album of the year aku baik omputeh atau melayu. Nanti lain kali.
Tapi dorang main 6 lagu baru.. actually 3 lagu baru la Kurnia, Malam Berasap, Tahun Dua Ribu Lapan Puluh Tujuh yang tulis Roman Numerics tu...
Pasal lagi tiga lagu dah main kan tu hari bulan April kat G Hotel tu..  actually dua la, illusi intonasi tu dah biasa zaman Wings kan.
Aku harap lain kali Prime Domestic main semua 10 lagu dari album mereka pasal semua lagu gerek.

Fenomena - wahhh tak sangka kan. Ending ada NASIK TAMBAH. aku suka....
banyak improvisations when it comes to lagu2 Search. aku suka.... Even hisapbella.

OK cakap pasal lagu tu, Amy.. ok Amy ada...
Amy dan Hillary... side by side... Langit dan Bumi... dan Kau Pergi.
Apa lagi nak kan?
Last aku tengok Amy dan Hillary side by side zaman GME kan, yang Joe also takeover tempat Nordin untuk Search main live.
Dua kali kot ni line up main live? Stadium Tertutup JB dan Planet Hollywood. I was at both shows. Legendary shows. Ada cd dan dvd kot yang Planet Hollywood nye... entah dah lupa.

Drum solos tu Lola start dulu, Arif solos on guitar, Ainol join in dan All Hell Breaks Loose.

Ending... Pasti... tak boleh game weiii ni lagu...
dah la ulang ulang ulang ending korus....
Ali pun nyanyi k lagu ni hahaha...take turn la kan verse korus semua...
kelakar abis tu, sampai semua musicians toleh belakang kat drummers Lola dan Ainol macam bila nak game ni?
Aku rasa dalam 10 minit kot Pasti nye lagu tadi hahahaha. Aku tengok Izo senyum meleret seluruh lagu diri sebelah Hillary...

Ending pun sama, lama dua dua band atas pentas ambik gambar dan layan penonton.
Masa ending tu lagu dimainkan kat sound system ialah dua lagu Iron Maiden...
Blood Brothers dan Where The Wild Wind Blows.
Sapa pilih Blood Brothers nye lagu eh masa Prime Domestic dan XPDC tengah interact dengan penonton atas pentas?
Aku salute...
what a choice of a song. Perfect ending to a perfect show.

Aku takde komplen apa2 semua alrite ni malam walau aku ada cuak sikit nak gi tempat jin bertendang ni tapi semua ok...

Last sekali...

MAN OF THE MATCH aku untuk show ni...

share la kan...

Ainol dengan Lola.

Dahsyat dua dua. Terhibur dan teruja tengok gelagat dan aksi mereka seluruh konsert.


p.s foto, boots semua lain kali k. bye..



Fan Bootleg



link or dengar kat sini pun ok...
https://www.youtube.com/watch?v=-SaumAOGJ5I



Monday, December 4, 2017

Iron Maiden Live Chapters The Book Of Souls 2cd

Salam and Greetings.
First in English and
then a long gossip and slanders in Bahasa Melayu Malay Language.

For added- value, both has different contents.

I am not going to re-read what I type, so it may have lots of incoherent sentences that dont make sense in both language.




my review and opinion,

Based on the strength of the 2016 and 2017 setlist, with six (seven for both years)
 new songs from maybe the best Iron Maiden album ever plus some great classic cuts,
the live album for the Book Of Soul Tour could be the best Iron Maiden live album ever.

Unfortunately, though the running order represents the 2017 setlist of the Book Of Soul Tour, and the recordings taken from mostly 2016 except for the two songs that are included for the 2017 setlist,

I wish there are two things included which would seal this album as their best ever live album..

1) They should have included Tears Of The Clown and Hallowed Be Thy Name from the 2016 section of the tour.
-Tears of the Clown is deemed to slow down the momentum of the set, especially it coming early in the setlist but still its a great song and a superb live song in its own right.
-Hallowed Be Thy Name, maybe justified to be left out of the official live recording due to the ongoing court case with another member of Beckett who suddenly claimed ownership for six lines of the song after Maiden had settled copyright claims with another member of Beckett years ago and all these after 35 years HBTN is in existence.

2) There is enough space on the two cds to include all the Bruce chatters..
Surely he speaks a lot about Mayan Civilisation before Book Of Soul.
I was at Donington and he speaks a lot.
He has this long story about moms and dads which is actually the pun for Children Of The Damned.
He has lots to talk about before Blood Brothers.
I was at the Donington 2016 show and he speaks about the La Bataclan terror attack.
I was also at the Cardiff 2017 show which is the first after the Manchester terror attack and Bruce has lots to say too.
So I can confidently says that Book Of Soul and Blood Brothers that appears on this album are unfortunately cut on Bruce inspirational speeches before the songs.

So other than that, what a great album,
-Children Of The Damned has this awesome audience singalong..
-The Great Unknown transformed into a great song live with the improvisations after the solos.
-The Red And The Black, simply amazing, simply breathtaking instrumental section....
- Nicko drums sound is very nice to hear. Tony Newton and Steve Harris does the production.


Just worth it to purchase this collection..

Iron Maiden has make it a point to often release live albums on many different tours but this one is hands down a really awesome live album from probably their most successful world tour that takes 2 years, and the best band performance, and Bruce surviving cancer of the throat and with 2 million in audience, count me at least 7 times in that 2 million audience.haha








My own Iron Maiden backpacking alone for 2016 and 2017 Book Of Souls World Tour. LOL!!





Some nice arts of the event tshirts...
The Bike one is the 2017 UK Tour Event Tshirt.. with a superb backprint which has cute cow.
The Eddie straddling Paris and Donington is the Download Festival Tshirt... another awesome one which combines both Downloads and England and France are friends.

SPEAKING OF DOWNLOAD...

The rumour on the internet is Melbourne is getting its own franchise of Download Festival, and its in March 2019.
Standby Iron Maiden to headline it. LOL!!



Below are two photos of Download Festival..

all the craziness while Maiden is headlining overcomes the floodings and heavy rains of the 3 days of day and night festival.






Hi Semua, Ulasan panjang giler k, aku ada mood...

OK, pertama sekali aku nak luahkan rasa tak puas hati... ada dua.

1) Tears Of A Clown dimainkan setiap malam untuk tour 2016, ok aku paham Maiden drop lagu ni untuk bahagian 2017 pasal lagu ni matikan momentum main live Maiden.
Tentu Steve Harris dah tengok dari atas pentas reaksi peminat...
Tapi lagu ni tetap patut masuk dalam album live ni pasal lagu ni gerek, sangat sedap, dan Bruce sebelum mula lagu ni akan cerita pasal pelawak pelakon terkenal yang bunuh diri Robin Williams yang mana lagu ni dicipta pasal tragedi diri dia yang takde orang tahu sampai dia bunuh diri.

OK, aku paham Hallowed Be Thy Name yang dimainkan setiap show untuk bahagian tour ni 2016 tak dimasukkan,
lagu ni ikut gossip konfem akan dimainkan untuk tour album ni bahagian 2017 tapi pasal kes mahkamah yang dimana tiba tiba ada satu anggota kumpulan Beckett tampil selepas 35 tahun dah claim enam ayat dari lagu ni adalah tulisan dia dari lagu Beckett.
Dan memang claim dia tu dia nak duit yang sangat lumayan ganti rugi.
Jadi pasal nak elak masalah, dan kes ni masih kat mahkamah, maka Iron Maiden drop lagu ni.
Masalahnye dan herannya, Iron Maiden dah settle hakcipta lagu ni ngan lagi satu orang anggota Beckett berapa tahun lepas, dan heran tiba tiba ada lagi satu orang tampil dan claim benda sama selepas sekian lama.

Harap kes ni selesai cepat2 dan HBTN akan dimainkan live kembali pada masa depan.

2) CD ni ada dua kan, aku selalu heran kenapa celoteh2 Bruce semua kena potong... terus masuk lagu...
Aku boleh konfem Blood Brothers dan Book Of Soul kat album ni Bruce celoteh panjang, pasal aku ada kat Donington 2016 seperti foto2 atas tu foto huru hara dari atas pentas, dan jugak foto lumpur giler tu semua..  dan memang dahsyat keadaan.
So dalam cd ni aku dengar, semua dah kena edit...

Sejarah kan tu pasal Mayan Civilisation, dan jugak 2016 Donington Bruce aku tak silap celoteh pasal La Bataclan nye serangan.
Tapi tu je la aku nak komplen selain tu takde benda.

Pada aku Book Of Souls mungkin album terbaik Iron Maiden dalam sejarah.

Pada aku ni Live Chapters mungkin album live terbaik, seperti biasa Iron Maiden kalau support album tour akan main banyak lagu baru, dan pilihan lagu2 lama ni kali memang dahsyat.

Song by song nye pendapat

If Eternity Should Fail - Ni lagu ialah Bruce cipta, dan dia cipta bukan untuk Maiden tapi untuk masa depan dia nak buat album solo lagi.
Seperti biasa Steve Harris ialah FIRAUN.
Bila dia dengar lagu ni dia suka terus dia ambik lagu ni untuk Iron Maiden pakai. Sebijik macam lagu Bring Your Daughter To The Slaughter, tu pun Steve Harris congkong dari Bruce nye solo untuk Iron Maiden pakai pasal dia suka lagu tu. (antara lagu paling bongok dalam sejarah Iron Maiden pada aku).
Ada gossip cakap, Bruce cipta dua lagu baru yang Steve suka giler.
Tapi ada lagi satu lagu Bruce tulis dengan ROY Z, jadi biasalah Iron Maiden mana pakai penulis lagu luar, jadi lagi satu lagu tak pakai la.
Nak dengar kena tunggu album solo Bruce lain kali.

Live lagu ni memang terbaik... sangat dramatik dan intro dia Bruce nyanyi atas intro tape.
lagu unik, pasal takde solo gitar seperti lagu2 Iron Maiden lain. Kecuali mungkin Journeyman. haha.

Speed Of Light - versi dari Afrika Selatan, tak kira la versi apa pun ni lagu memang sesuai live kan. Cuma versi video Live Chapters ni, korang kena paham setiap show Iron Maiden pakai dalam empat kamera untuk rakam dan siaran langsung masuk kat screen besar untuk penonton2 kat belakang nak tengok close up,
jadi live chapters ni dorang pakai video feed dari merata tempat... tu yang Dave Murray tukar2 gitar ketara sangat lagu ni. tapi audio dia tetap ori.


Wratchild - ni seumpama lagu rezeb lagu reserve iron Maiden, kalau apa2 jadi, dorang dah ada lagu Standby. Aku tahu lagu ni rancak dan popular semua orang tahu dan Steve Harris nak momentum pada permulaan show kekal, tak mau mati kejong, tapi PEMALAS nak mampos!! cubalah prektis lagu2 rancak lain kan? Tapi live, aku tengok 2017 UK Tour, setiap show lagu ni memang singalong happy happy abis la kan....  dan sorakan kuat giler. haha.

Jadi untuk 2016 dan 2017 dia , dua lagu kena buang pasal satu ikut cakap Iron Maiden perlahankan momentum dan dorang tak suka, dan lagi satu lagu kes mahkamah, ganti dengan Great Unknown lagi sebuah lagu baru dan Wratchild ni.

Children OF The Damned, kalau live 2016 dan 2017 Bruce akan panjang lebar bual kons pasal mak ngan bapak, pasal dia sebenarnya ada kata hikmah kat akhir borak sengsorang tu.. dia nak abiskan dengan kata "children of the damned " untuk sapa lahir tahun2 awal 1982 dan selepas tu...
Memang dahsyat lagu ni part audience,
dan rakaman kat cd dapat tangkap suasana dahsyat singalong lagu ni.

Dan ni yang buat aku angan2 mat jenin nak tengok Iron Maiden main kat Canada. Fans dorang kat sana dahsyat giler.

Death Or Glory - lagu pasal lagenda Perang Dunia Pertama The Red Baron. Ada orang ingat lagu ni lagu komedi, maklum live Bruce pakai topeng monyet siap offer pisang masa Dave Murray nye solo, tapi ni lagu penuh sejarah dan serious,
dan lirik "climb like a monkey" tu ialah dari catatan Red Baron sendiri tulis pasal diri dia.


Red And The Black - ni satu lagu dah cukup untuk beli cd ni. Lagu kedua terpanjang kot sejarah Iron Maiden? dan instrumental section lagu ni boleh menangis.
Live bila masuk bahagian instrumental lagu ni macam semua orang macam teruja... haha....

Setiap show aku pergi, bila lagu ni je kan, memang heaven.

The Trooper - tak payah cakap la kan.. Aku rasa susah Iron Maiden nak drop lagu ni setiap tour, pasal ramai orang nak tengok lagu ni dimainkan.
Aku pun suka lagu ni, pasal live memang seronok, dan solos dia setiap show Dave Murray ada je dia solo lain2 sikit memang exciting sangat.

Tapi kenangan paling best untuk aku sendiri tour 2016 dan 2017 yang show2 aku pergi ialah kat Donington - sebelum lagu start Bruce pekik "Happy Birthday Your Majesty!!!!" sambil kibarkan Union Jack depan 80-90,000 fans giler2 dari UK sendiri.

Powerslave - lagu ni takutkan aku pasal pengakhiran Iron Maiden.
Dan setiap kali lagu ni masuk balik dalam Setlist, aku macam rasa Nicko McBrain masih takde hal main lagu ni , maka Iron Maiden akan bertahan lagi bertahun2..

Aku speku, Steve Harris akan bubarkan Iron Maiden bila Nicko McBrain tak mau main drum lagi. Dia takkan pakai drummer lain untuk Iron Maiden dah.
Steve Harris aku rasa setia dengan Nicko aku speku walau dilaporkan Nicko dah cakap dengan members Iron Maiden lain untuk teruskan dengan carik drummer baru.
Nicko ialah paling tua kertu dalam band ni.
Ni la lineup terakhir Iron Maiden aku speku. Apa2 jadi, Steve Harris akan bubarkan ni band.

Dan korang perasan tour ni Bruce tak pakai topeng bulu ayam drama tu, tapi dia pakai Wrestling Mexico nye topeng kan?
OK, ada cakap ni cara Bruce buat lawak sinis, Power "slave" gitu kan...

Great Unknown, live lagu ni berubah siak, dorang seret lepas solo... audience participation tepuk non stop...
first time aku perasan aku dah suka giler, dan setiap show aku tunggu part lepas solo... best


The Book OF Soul - macam aku cakap kalau live Bruce celoteh panjang pasal politicians yang giler dalam dunia ni, pasal kehancuran dunia oleh pemimpin2 dan pasal sejarah Mayan Civilisation.

Dia cakap betul dalam sejarah - takde kuasa besar yang kekal. Semua akan hancur.

Ni rakaman kat Donington, memang hebat bila lagu ni masuk bahagian laju kat separuh jalan dan Eddie keluar tapi hebat giler part laju lagu ni. Macam2 ada dan terjadi.

Fear Of The Dark - tak payah nak cakap apa2 sangat. ni lagu lagi satu masalah, cammana Iron Maiden nak drop pun aku tak tahu.
Suka giler para hadirin semua....  bila part lagu ni aku akan jakun tengok keadaan keliling, boleh nampak betapa semua orang macam aku... suka Iron Maiden.

Tu pasal aku suka tengok iron Maiden merata tempat. bukan tengok band je, 
tapi tengok orang keliling, 
lelaki pompuan, 
tua muda... 
kurus , gemuk, 
budak2 kecil , remaja, dewasa dan tua tua bangka, 
yang sihat dan yang orang kurang upaya 
dan cacat anggota badan... 
berlainan kulit, bangsa , agama, 
sudah tentu dari berbagai lapisan masyarakat
dan takde perbezaan.

tapi aku tak kenal dorang semua, aku sorang je, tapi aku rasa macam ni la orang2 paling best dalam dunia yang keliling aku dan takde orang yang bezakan apa2 dari segi taraf kehidupan atau status masyarakat atau kuat atau lemah atau cacat.
Pasal semua satu kepala.
Semua happy tengok iron Maiden.

Iron Maiden - giler dahsyat peminat Argentina ikut nyanyi melodi lagu ni.

The Number Of The Beast - lagi satu lagu generic yang mati hidup balik tak boleh kena drop. Memang sekarang aku cakap aku bosan ngan asyik lagu ni, tapi bila dengar balik, atau tengok dorang main, best giler semangat.

Blood Brothers - aku rasa Iron Maiden mati hidup balik tak sangka evolusi lagu ni berkembang dahsyat. Lagu ni mulanya lagu Steve Harris tulis bila bapak dia meninggal dunia, lepas tu bila main live, tour demi tour lagu ni dah jadi macam anthem dan satu arena ke, satu festival ke, satu stadium ke semua orang suka giler siap buat gaya tangan "wave wave" gitu hahaha... kelakar sedih ok.

Dan lagu ni tetap best pasal Janick nye solo.

Wasted Years, - ni tour ialah paling Iron Maiden ada bangun dari malas sikit dan rombak setlist, lagu ni diletakkan last
Terperanjat terkejut beruk...
Setiap show, Bruce akan buat lawak dengan microphone Adrian Smith..


OK dah tu je kot nak berbual kons....

Legacy Of The Beast 2018-2019 walaupun akan jadi tour "lagu2 lama", tapi aku rasa Maiden dah fresh dengan rombakan setlist dan pilihan lagu 2016-2017,

tentunya For The Greater Good Of God akan dimainkan, sebuah lagu sangat sesuai dengan keadaan dunia hari ni
dan, nampaknya lepas berpuluh tahun, lepas gaduh Bruce dan Steve pasal kelajuan lagu ni Flight Of Icarus akan dimainkan semula...

jadi kita tengok sapa menang, sapa yang turunkan ego, sapa yang lagi kepala batu dajal...

Bruce nak lagu tu ikut speed dalam album studio Piece Of Mind,

Steve Harris tak suka speed lagu ni dalam studio, dia nak lagu ni dimainkan laju. (sila rujuk Live After Death)

Nicko konfem akan sokong Steve. Dia pun geng suka lajukan lagu ni dengan drum dia.

Adrian, Dave dan Janick konfem tak kesah apa speed pun lagu ni dimainkan.

Jadi kita tengok cammana, aku speku Bruce akan menang dan lagu ni akan dimainkan slow ikut rentak album studio.
Pasal dia tukang nyanyi pe.

Sial nye Iron Maiden. lagu Flight Of Icarus pun nak bergaduh sampai berpuluh tahun tak dimainkan pasal takde kata sepakat pasal kelajuan lagu.

sekian ulasan merapu tahan cipanzi.










Thursday, November 30, 2017

Search - Katharsis - Itunes



Hari ni aku nak cakap sikit pasal Search baru.
Sebelum type ni aku kena cek ejaan " Katharsis" cammana. Terbelit lidah jugak nak sebut nama album ni.
Machine Head nye album baru pun nanti nama album "Catharsis" jugak. Ejaan je lain. Rilisan Januari 2018.
KEBETULAN je kot.

Aku tak beli lagi cd physical album ni.
Aku cuma donlod Itunes pada pagi rilisan album ni.
Aku teruja ada logo " Mastered For Itunes".
OK, ni logo mengkonfiuskan aku.. betul ke? ada seperate mastering untuk Itunes?
Tapi takkan Itunes nak rembat sebarang letak logo ni kat page Katharsis kan?

Anyway,
So aku guna Itunes nye rip untuk masukkan album ni dalam Walkman aku.
Macam aku cakap...
Masa aku zaman sekolah dulu2, kaset2 album2 Search berada dalam Walkman aku.
Dan zaman ni, album terbaru Search masih berada dalam Walkman aku.
Zaman berubah, berpuluh tahun, teknologi berubah tapi ada benda tetap "the song remains the same", 
Search dan Sony Walkman.



So aku dengar album ni cuma waktu 

BERJALAN KAKI, 
TUNGGU BAS, TUNGGU TRAIN, 
DALAM BAS, DALAM TRAIN, 
DALAM SUASANA HIRUK PIRUK KEHIDUPAN.

Ni aku nye pendapat or ulasan or whatever.

- Bunyi dan sound album ni tak membingitkan aku.
- Album ni lembut sound dia pada telinga aku. Aku suka.
- Aku suka tengok kredit2 cipta lagu ada membabitkan Search.
- Lagu2 nya bermula dramatik, contoh Jubah Pengantin.
- Ni album has a strong finish untuk beberapa lagu terakhir.
- Lagu2 laju dan rancak aku suka. Apologia pun sedap. Lagu2 slow pun sedap jugak.
- Aku suka ni album ada beberapa "time changes" dalam lagu yang kejutkan aku.

- Aku kekok dengar drummer lain, bila aku tengok Search bila dengan zaman Lola dan Pae main live memang dah macam heavy metal pun ada pada aku. Tapi tu live environment.
Tapi ni album studio, so kekok sikit dengar mula2. Pasal Yazit is(was) always the constant dalam studio albums.
- Aku suka rilisan Sidang Kangaroo sebagai first song, pasal pada aku tu la lagu paling aku kureng, so its a very very pleasant surprise bila dengar lagu2 lain semua gerek dari Kangaroo.



Pada aku Search tentu ada seorang Quality Control yang kasi final decision untuk rilis album ni, mungkin salah seorang anggota band atau mungkin producer.
Dan ni album tentu dorang QC lepas datang balik dari Mastering. Pasal aku tengok kredit ada mastering kot ni album. Dan terang2 Itunes dah letak "master for itunes"

(A Matter Of Life And Death, si Steve Harris dengan kepala batu suka tok nenek dia tak kasi tu album hantar mastering, jadi memang takde mastering langsung AMOLAD studio album waktu rilisan 2006 kerana kepala batu Steve Harris nak kena ikut cakap dia je dan dia memang tukang QC Firaun untuk Iron Maiden).

So kalau QC band ni dah approve ni la final product, maka aku hadam je la.

Macam aku cakap Peminat have the vote, dengan keluar duit untuk beli album or donlod album berbayar dan beli tiket, dan luangkan masa, tenaga, belanja dan susah payah gi sana gi sana tengok band main live.
Sebagai peminat, most important dorang nak sesebuah band dorang minat dapat carik makan.
So aku do my part, aku donlod ori. CD Physical... hmmmmnn.. ada empat so kena cek mana satu Nordin punye. haha.
Bila tengok Sess live pun dah tahu kan nak diri mana, diri belah bahagian Nordin (Dave Murray side). Kalau kat IB, kena paksa beli seat duduk, so again, beli seat kena beli pilih bahagian Nordin.
Tapi setiap orang ada feberet band member sendiri la kan. Ni aku cakap aku.

In conclusion.
Ni album is lagi baik sangat dari apa aku jangka.
Aku off long weekend ni so aku memang ada kat KL, tapi aku tak rasa aku dapat tengok Sess main nanti Sabtu ni. Korang pun tahu kan, gi kawasan Stadium Shah Alam kalau naik public transport memang macam pelarian ok...
siap seberang rail komuter, masuk bawah pagar, lari seberang highway... tapi kalau bola nye pasal memang sanggup la kan haha.

Well... some other time...

Next... PRIME DOMESTIC. (berdebar-debar tunggu).











Wednesday, November 22, 2017

Black Sabbath The End Birmingham (5 disc deluxe version unboxing photos ) - review/ulasan tahap merapu meraban

Salam and Greetings. As usual in English and then in Bahasa Melayu Malay Language.
For value added, i try to make some differences in both content LOL!!

A photo laden and review/ulasan merapu merapek meraban.




I got this Black Sabbath The End 4th Feb 2017 Birmingham 5 disc boxset for two reasons.
Firstly as a souvenir as I saw them last on their very last Donington show with about 80,000 people in the midlands of UK, where basically Hard Rock and Heavy Metal has its foundation and is strongest historically..  Its as near to watching Sabbath plays in Birmingham as possible.


Side track a little same The End tour but the last Donington in Midlands of England...
This was the moment I got a big shock when I arrived on the Main Stage of Donington 2016 on the Saturday as I was checking out other bands on other stages,
and I thought I was fucking early 30 minutes before the headliners for Saturday play,
and this is what I see. It was like the whole Midlands Heavy Metal community was there waiting for Sabbath... 

Lots of whole families are braving the rain which falls heavily later while Sabbath plays

What look like school girls was headbanging and singing along to every song. It was surreal.

Its a memorable environment so I would have wonder what its like to watch Black Sabbath plays Birmingham.


So I like this experience so much,
thats the first reason why I bought this boxset LOL!!!!
to remind of the live songs mostly are the same...  LOL!!


Secondly, I want the 3rd cd, which is the ANGELIC SESSIONS. It has 5 songs that Sabbath re-record in the studio after their final show.

WICKED WORLD in the middle section is worth just to get Angelic Sessions.


So nothing much to say, I have not even seen the blue ray or dvd disc included in this boxset. But I love the 3 cds. I had ripped them all to my Walkman and enjoyed the songs tremendously while walking and on public transportations.
Sabbath added a few songs mostly instrumental medleys for the final Birmingham shows.

I was lucky, since even in my young days I have the opportunity to watch Sabbath plays with different lineups and singers in my life...

- Tony Martin/Iommi/Neil Murray/Bobby Rodenelli (Forbidden era in Singapore)
- Ronnie James Dio/Iommi/Geezer Butler/Vinnie Appice (Heaven & Hell in Singapore)
- Ozzy/Iommi/Geezer Butler/ Sharon Osbourne's drummer (Hellfest and Donington)

So no more isnt it?
Maybe with Sharon's Black Sabbath.

But I got a feeling Tony Iommi will continue Sabbath in either same name or any other name with other Sabbath luminaries.

and out of the 3 singers I saw them with, Ozzy singing for Sabbath, its my least favourite Black Sabbath live moment. He is very good, but... (LOL!!!)

Of course Ronnie James Dio with Sabbath is the best ever... irregardless whatever band name they use.
So I guess I will never see Sabbath with Bill Wards, and of course the late Cozy Powell.

But then, in the heavy rains and floods and a chaotic environment of Donington, with everything is happening, I have to say I will pick Sabbath show as the best sound I ever hear.
Its because their live sound is competing with the heavy rain, the floodings, chaos of the crowd, and still its so powerful and clear.
Its so bloody embarassing clear when Maiden plays the same stage the next day as the headliners for Sunday.
Heavy rains, floodings, chaos among 80,000 - 90,000 all being equal.



So lets talk about the boxset.
Its very nice.
- It has a photo book with some text written by some Rolling Stone reporter. More for the casual fans writting.
- It has three seperate folders which consist of 5 discs. All supported by a black paper holder.
- It has a Sabbath metal lapel pin or whatever you call it.
- It has 3 guitar picks
- It has a laminated pass or something.
All comes in a nice strong box.

These are the "unboxing" photos...








Contents for all whether the 3 cds or blue ray or dvd which make up these 5 discs... 
are these songs...

Birmingham..4th Feb 2017

Black Sabbath
Fairies Wear Boots

Under The Sun/Every Day Comes And Goes
After Forever
Into The Void
Snowblind 
War Pigs
Behind The Walls Of Sleep
Basically / NIB
Hands Of Doom
Supernaut/Sabbath Bloody Sabbath/Megalomania
Rat Salad/Drum Solo
Iron Man
Dirty Women
Children Of The Grave
Paranoid

The Angelic Sessions

The Wizard
Wicked World
Sweet Leaf

Tomorrow's World
Changes.








OK OK
cakap melayu pulak...

Untuk aku Black Sabbath paling best ialah zaman Ronnie James Dio.
dan aku suka sangat zaman HEADLESS CROSS.
Aku harap betul Tony Iommi akan keluarkan balik album era FORBIDDEN...
dan aku harap dia akan tour zaman FORBIDDEN dengan pakai dua drummer iaitu Vinnie Appice dan Bill Wards.
Tony Martin masih ok je kan, so letak nama band Forbidden, panggil balik jugak Geezer Butler..

dan last kopek main semua lagu era Sabbath... zaman Headless Cross, zaman Ronnie Dio, dan zaman Ozzy dan boleh main lagu2 zaman Ozzy yang Ozzy sendiri tak boleh nyanyi.

Tapi dalam cd3 boxset ni ada Changes...

Aku pernah tengok Black Sabbath main lagu Changes, tapi Tony Martin, Tony Iommi main keyboards dua orang atas pentas.
Tu jam zaman remaja la kat Harbour Front Singapura,
aku masih ingat time Paranoid , Amy kat audience tengah joget giler giler nye haha.
Tu dia la kot haha....

So... macam aku cakap.. aku nak boxset ni pasal kenangan aku gi tengok tour ni sama kat Donington, yang macam aku pernah cerita paling dekat aku nak tengok dorang kat Birmingham..

macam aku cakap kat blog ni, kawasan midlands UK ni la jantung rock dan heavy metal dunia.

Macam aku cerita atas, keluarga semua datang tua muda lelaki pompuan macam gi piknik pun ada macam foto atas tu ,
budak budak pompuan headbanging dan nyanyi semua lagu ok lirik seketul seketul singalong keluar mulut.

Giler. Sebab tu, aku suka sangat Donington. Memang tempat huru hara macam puaka banjir teruk hujan lebat tak berhenti , dah tenggelam la kasut boot semua, paling selamat kena pakai kasut kuning Phua Chu Kang.. tapi aku suka...
Aku kan tinggal rumah orang kat Derby, aku pakai AirBnB, tiap2 hari aku naik bas, malam rebut bas patah balik Derby penat giler tapi aku sorang giler ah nak camping kat Donington haha..

Lepas malam akhir boot aku seluar aku semua aku buang kat luar rumah tu aku takut tuan rumah marah aku kotor kan rumah dia haha, besok pagi terus gi Primark beli baru haha. Lumpur rabak giler.

aku cita2 nak hat-trick nanti bila Iron Maiden aku speku akan main lagi sekali Donington sebelum mereka bersara.
ohhhh dan Live Chapters album live baru tu ada dua lagu dari Donington, ok la ada suara aku hahaha.

ok sambung balik pasal boxset ni..
Angelic Sessions kat cd ketiga ni...

aku dah dengar sekali cd ketiga dan aku suka sangat persembahan dalam cd ketiga ni.

Wicked World kat tengah nye section tu giler dahsyat best aku suka...

Changes... sebelum ni aku suka versi dalam Live & Loud yang Zakk Wylde main piano dengan Ozzy.
Paling aku nyampah yang anak Ozzy nye version haha.
Tapi version Angelic ni memang sedih... the last song dalam boxset ni

Aku belum tengok versi blue ray dan dvd ni lagi,, takde time lagik..

tapi dalam bas, dalam train, memang goyang kepala la dan orang mesti ingat aku giler jalan kaki tapi senyum sorang2 dengar lagu2 ni.

rumusan dan konklusi nya - 
not bad la boxset ni, bagus jugak kalau korang minat 
Sharon Osbourne's Black Sabbath.

#NoBillWardsNoBlackSabbath.

Tuesday, November 21, 2017

Instagram account/ legacy of the beast angan2 mat jenin building castles in the air

Salam and greetings. A short post first in English and then in Bahasa Melayu Malay Language.

Just for laughs,
I got myself an Instagram account.
Nothing serious, 
just another avenue for me to talk cock, slander, gossip, and insult whoever and whatever with photos I took myself. ((snigger)).







I think The Live Chapters of The Book Of Soul could possibly be the BEST EVER Maiden live album. Even better than Live After Death.
I cannot wait to get my hands on the physical version and then I will talk more.

I have been building castles in the air..

So this kinds of self-explanatory.





Taking into consideration..
- RAMADHAN for 2018 is 15th May to 14th June
- Eid Fitr for 2018 is 15th June
- priorities in life - family
- work/job - whether I still have one
- work/job - finding cover when applying leave
- money for flights, bread and fruits while backpacking
- sleeping - I will arrange my plans so I end up sleeping a lot in airports and minimum accomodations
- tickets - I GOT THEM last night during the fan club advance sales. No more physical tickets for me as I am trying to really budget and I just will use e-tickets. Its fucking expensive to obtain the real ticket, nice to keep as a memory but fucking expensive.
- so lets see how...
if my building castles in the air day dream fail to become a reality.. its ok. I have tried.


And the rumours going around the internet is that HELSINKI will sold out and there will be a second night added. (Thats why they have planned a 3 day gap between Helsinki & Stockholm).


Salam Semua...

OK, saje je nak bilang... actually aku speku blog aku ni yang baca berapa orang je... dan dorang semua pun dah tahu...

tapi saje je nak bilang kat sapa2 yang baca ni, aku dah buat instagram. 
Macam real je kan...  saje saje nak syok sendiri.

KORANG JANGAN GELAK AH!!!!  Kasi aku chance k.

Nanti aku letak la sikit2 foto eh.....  Takde benda personal pun...semua merapu2 je..

Kenapa CATCH THE RAINBOW?

Pasal tu la band kegemaran aku selain Maiden, aku tahu Rainbow sejak aku umur 7 tahun , so aku dah layan dan takut dengar lagu KILL THE KING sebelum aku kenal apa tu Iron Maiden,

dan juga... untuk aku, aku nak kejar dan tangkap pelangi... paham? 
tak paham.... bagus. haha..


OOOHHH

Aku ada angan2 Mat Jenin macam aku cerita cakap omputeh kat atas...

Banyak benda nak fikir kan, pasal ni adalah syok sendiri aku. Dan aku harus pastikan dunia realiti aku yang paling penting. Dan itu bukan sesuatu yang mudah. 
Maiden ni semua hanyalah satu mainan di minda.

ooo kalau jadi.. utara utara ni kalau summer mau puasa 21 jam 22 jam satu hari? haha...
tu hari aku gi tengok 2014 ACDC. Sabbath, Maiden, Rainbow semua tu.. puasa dari kul 2.30pagi sampai 9.30malam.
well... tengok la cammana....     
aku tahu travelling dan kalau tak larat tak yah puasa...
tapi.... kalau aku backpacking sorang2 pasal nak tengok Iron Maiden main merata tempat lain2 suasana dan peminat2 semua giler babi nye standing section,
kalau aku tak puasa, kongajar gitu eh rasanya...
haha...
tengok la, ni semua angan2 mat jenin je dulu... haha.
kalau tak jadi.. tiket semua burn la... well... thats life.

K tu je..

Aku speku kan... bulan 11 dan 12 ni kan, dua tiga hari aku buat satu blog....

momentum datang balik gitu dan banyak benda nak borak...

k bye.













Friday, November 17, 2017

midnite and Live Chapters is on Itunes/Prime Domestic / merapu meraban.

Salam and greetings. A short post first in English then in Bahasa Melayu Malay Language.

A Very Happy Midnight just now.
Its 17th November and just after midnight Singapore time, Iron Maiden new live album "The Live Chapters" of the Book of Soul World Tour is released and its the "Mastered For Itunes" version.



This is what I like about modern technology.. Even in the "ass of the world" as far as heavy metal and hard rock is concerned, you can still support the band you like by paying for their music, and you got it at the struck of midnight of the launch day.

I use this to convert to mp3 and store it on my Sony Walkman to listen to while walking, waiting for and taking the public transportation of buses and trains.
This is basically the only way I am listening to music now. 
I do hope to get a physical cd version just for keepsake also.



I will review this album once I got the cd version. 
I immediately listen to The Red And The Black, and the instrumental section was amazing on the Tokyo recordings.
(I never notice the keyboards was so loud when I hear this live).
Now I am listening to The Great Unknown, and this is simply fantastic version.
Though I love Tears Of A Clown and enjoy the song on the live shows I attend in 2016, but I do agree it slows down the momentum and Great Unknown is a nice replacement for 2017 part of the tour. On this recording the song simply sound amazing. Its the Newcastle show, I was not there, I start my backpacking on the next show after that, Glasgow onwards.

Of course this being a audio version with constraints on CD and LP space,
so lots of Bruce chatter is cut.
Bring back great memories of backpacking alone to see them play all over in 2016 and 2017.
Ohhh I am listening to Book Of Soul title song now, Donington!! It was raining, it was flooding...
and as Bruce says.. " Welcome to DOWNPOUR Festival"...
OK stop here for time being...
I am just listening to this " itunes remasters" version for this new live Maiden, and I think its amazing recordings and performances...
Argentina singalong for the song Iron Maiden is something I have never heard before and this is going to be a new audience participation song LOL!!!

Anyway, the Legacy of the Beast 2018 dates are out, I guess I have to find a way, discipline myself to try to backpack for one or two shows.
its going to be tough as I just done the backpacking for the 2017 Scotland, Wales, England Book Of Soul Tour, and 2016 I was in Donington, plus catching Rainbow plays Germany,
but lets see how it goes...
Advance tickets for the Maiden European 2018 shows will come out on Monday, and if I can get my hands on some advance tickets, then I will see how it goes.

Ohh... Something to anticipate..

Probably The best Malay Language album of the year 2017 is coming out soon.
I am sure I will like the album a lot.
Its by a band called PRIME DOMESTIC, and they are from Malaysia.

I hope to get the cd soonest, and I already got a ticket to see them play in December with another rock band that I like, XPDC.




Hope I can make it though I am supposed to work that weekend. LOL!!!
And as can be seen, the ticket I obtained was not print properly.. it looks funny.

More to come....


Hi Semua..   tetiba je kan aku rajin buat blog... haha.

OK OK, macam aku cakap kat atas...

GIGIH ok tunggu tengah malam, pasal hari ni 17hb kan Live Chapters keluar...
So aku memang suka dengar lagu2 Iron Maiden versi "Itunes Remasters" kerana pada aku dia sedikit lembut untuk pendengaran aku 

Pasal aku kan sekarang cuma dengar muzik kebanyakkan nya hanya waktu jalan kaki, naik bas, naik tren je
jadi keselesaan dan kemudahan mendengar muzik waktu jalan kaki dan naik turun bas dan keretapi adalah penting. Macam2 foto2 atas tu la aku pakai sekarang aku rasa aku pernah cerita dulu.

Jadi.. Book Of Souls tour, apa aku boleh cakap... terbaik dari ladang...
mungkin terbaik dalam sejarah Iron Maiden dari segi sambutan peminat satu dunia.
Dia cakap 2 juta orang tengok konsert dorang pada 2016-1017?
So dari 2 juta boleh kira aku tujuh kali dalam 2 juta tu. hahaha....

Ohhh dates Legacy of the Beast.. Aku ada plan giler.. plan giler nak backpack lagi...
Tengok cammana...
Aku dah pernah backpacking masa bulan Ramadhan tahun 2016 tengok Maiden dan Sabbath kat Donington, ACDC kat Manchester dan Ritchie Blackmore kat Loreley Jerman,
Puasa dari kul 2.30 pagi sampai 9.30 malam , dan buka puasa masa tengok rock band main, kurma standby dalam seluar jeans haha. 
Kalau korang nak lahar aku, ni bukan blog untuk korang...
dan korang sila rasa besar diri dan megah sombong kerana fikir korang lebih mulia dari aku yang ntahapahapani.

so anyway aku rasa kemungkinan aku nak backpacking bulan Puasa lagi.... haha. Tapi tengok la sempat kot aku saving duit tiket konsert dan flight.
Kalau tak berjaya, takpelah, tapi aku akan cuba. Bak Cina cakap " JIA YU!!!!".

Hidup ni, kadang2 kita kena bermula dengan ANGAN ANGAN MAT JENIN!!!! 
Orang panggil " Yoh Yoh Oh!! ". takpe... kita ketawa sama sama.


Ooohh kumpulan PRIME DOMESTIC nye album penuh nak keluar.
tak disangkal lagi, album Prime Domestic nye album ni aku speku akan jadi album terbaik Melayu untuk tahun ini.
Dan konsert mereka pada 9 Disember ni, aku speku akan jadi konsert Melayu terbaik jugak tahun ni.
Aku dah standby tiket. Print huru hara siak kedai... korang tengoklah kat atas tu...
kang Security kat pagar mesti tengok berkali2 tau nanti haha... 
Tapi ok la kan, memang original pe.
Aku dah "laporkan" kat " duta" cawangan kedai tersebut. HAHAHAHA.

Tapi aku kerja siak hujung minggu tu.. kerja malam lagik.
So kena plan cammana.

Tapi aku harap aku dapat hadir....












Monday, November 13, 2017

Dehaan (METALLICA using another name plays Kill Em All in full ) 8th June 2013 Detroit live CD.

(Firstly - Belinda Carlisle full audio bootleg of her Live In Singapore show on past Saturday, I have updated on my previous post. I hope you Belinda Carlisle fans will like the bootleg.)

OK, Salam and Greetings. As usual first in English and then lots of talk cock in Bahasa Melayu Malay Language.

I enjoyed listening to the Hardwired To Self Destruct album, and I really love the Metallica show in Singapore supporting the then just released Hardwired album.

So it kind of rekindles my affection for Metallica big time and seeing them with Rob Trujilo live on the last two of their tours here I cannot deny METALLICA sounds so good live with Rob. Yes, Jason Newstead is sadly missed but its their band they can do what they like, if a fan do not like it, he can vote with his money and his time.

So I got myself an official LIVE METALLICA cd of Deehan.
I will give my short opinion review and photos of the packaging for those who have never seen the packaging...



Deehan logo is covering the Metallica logo on the cover..




It features the current foursome, and on the first day of the Orion Festival 2013,
June 8, Detroit Michigan.
it was scheduled as a band called Deehan, but its actually Metallica and they play the full Kill Em All album.

The sound is very good on this official cd. I like it. I really think this is a very fun and happy performance.
There is a pro-shot video on youtube but I dont really have time to sit down and watch it, I only listen to music, and I listen to music on the go using headphones while walking and on public transport so the audio is important to me. Visuals not so, if I want, I try to see the band live.

This is some of the reasons why I buy the original release for listening pleasure:
- I like the studio album so I want a full live album version of the same album.
No matter how you look at it, its impossible to find a live recording with all the songs played. So this is it.
- Four Horsemen is in full. Yes... in full with all the middle parts.
- No Remorse is in full as in FULL. I really have a fetish for this song. LOL!!! ATTACK!!!!!!!!!
- Pulling Teeth Anesthesia in full first time since 1986 final show of the Sweden show before the accident of Cliff Burton.






OK OK.. tukar cenel....  

Cakap melayu lak, berbual melayu pasar je pun....

Giler ah, tetiba je berturut2 buat posting blog... Baru review persembahan terbaik dari ladang si Belinda Carlisle terus tukar borak pasal Metallica lak....

ok la kalau tak sendu blog aku, aku tahu kadang2 dua minggu sekali pun takde posting... haha..


DEHAAN ni kan, korang semua tahu kan pasal band ni, ni Metallica guna nama ni kat jadual waktu festival Orion 2013 hari pertama.
Tapi ada dorang tinggalkan clue gitu... so kalau sapa tahu, tahu la, sapa tak tahu tak tahu la depan pentas yang dijadualkan..

Jadi Dehaan ni nama pelakon pilem Metallica tu yang filem wayang tu.
So Metallica sambut Kill Em All 30 Tahun dengan main semua lagu dalam Kill Em All.
Jadi banyak lagu rare jangan di bawa, dan lagu2 tu semua dimain penuh, mana yang celah celah dalam lagu tu semua dorang main cam lagu Four Horseman kat tengah tu, No Remorse penuh, Phantom Lord siap ada intro tape, dan semua lain2 jugak.
Bass Solo Take One tu dimainkan pertama kali sejak last Cliff Burton main sebelum eksiden dia mati kena hempap bas.
Cuma Rob terus masuk mula bass solo, patut tunggu cakap "Bass Solo Take One" dulu kan...

Kira seronok ler dengar rakaman ni. Ada la lawak2 James Hetfield berbual dengan penonton.

So aku beli la rakaman rasmi ni, maklum berita banyak cakap Metallica rugi besar pasal buat festival Orion ni. Support sikit si Metallica ni... hahaha.

Metal Militia, Jump In The Fire, Motorbreath, dan lagu2 lain... No Remorse memang lagu kegemaran aku... ATTACK gitu kan... so senyum sorang2 dengar rakaman ni masa tunggu bas kat bus stop. HAHA.

K dah tu je.. nanti sambung k. Tengok la kalau aku dapat Black Sabbath Live last kopek tu ngan Iron Maiden live chapters tu aku berbual kons pasal tu semua dulu,
kalau tak aku sambung berbual kon pasal Metallica k..

Maklum macam aku cakap kat atas, aku dah kena badi suka kutuk2 si kangkang tu. 
Sekarang aku dah minat giler kat dia sejak album Hardwired keluar, dan tengok dorang main yang kat Changi dan tu hari Indoor stadium...
cam jatuh cinta lak dengan si kangkang tu....

Sekarang pun dia dah jarang kangkang kan... haha...

K aku dah melalut!!  bye dan ATTACKKK!!!!!! haha.